Sunday, January 10, 2016

Hortikultur Tanah Campuran

oBJEKTIf
  •     Tujuan campuran tanah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan tanah yang lebih sempurna untuk menanam sesuatu pokok hiasan ke dalam polibeg.
  •      Dengan adanya campuran ini,pokok yang ditanam boleh mendapatkan zat-zat yang lebih untuk tumbesaran akar dan daun pokok.
  •      Dengan menggunakan campuran tanah ini,tanah dapat memegang lebih air.
  •     Maka tanah yang digunakan akan menyebabkan pokok menjadi hidup subur kerana system perakaran pokok dapat membuat makanan dengan lebih sistematik.
  • pengenalan


Tanah campuran yang telah dibuat adalah  bertujuan untuk pembiakan pokok hiasan. Tanah terbahagi kepada dua jenis iaitu John innes seedling (JIS) dengan nisbah  yang digunakan adalah 2:1:1. Nisbah yang dimaksud ialah dua tekstur iaitu organik dan pasir. Satu lagi campuran tanah ialah John Innes Folting (JIP). Nisbahnya pula ialah 3:2:1. Nisbah yang dimaksudkan ialah tiga tekstur , dua organik,dan satu pasir. Tekstur yang dimaksudkan ialah tanah. Tanah itu perlu ditapis terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan 2 bahan tadi. Organik pula, ialah bahan kumbuhan  daripada binatang atau tumbuhan contohnya tahi ayam bercampur dengan habuk kayu atau serkam padi. Pasir pula,kita mengunakan pasir sungai yang halus. Kita juga mengunakan Baja jenis Phospat iaitu (CIRP). Baja jenis ini untuk pertumbuhan akar yang kuat untuk mencengkam tanah.Fungsi  kita meletakkan Kapur  ke dalam tanah campuran adalah  untuk meneutralkan keadaan tanah yang berasid.


Bahan dan peralatan


Peralatan
  •    Skop
  •    Cangkul
  •    Penyuduk
  •     Penimbang


Bahan
       Pasir                              - 1 kereta sorong
      Tanah                           - 3 kereta sorong
      Bahan organic              - 2 beg Baja
      Kapur                            - 2 Kg                      
         Baja (CIRP)                  - 200 gram 

Langkah – langkah Tanah campuran 3 : 2 : 1



§  Tanah yang ingin digunakan perlulah ditapis terlebih dahulu untuk mengasingkan tanah yang berketul.kerana kita hanya memerlukan tanah yang halus
§  Kita memerlukan sebanyak 3 kereta sorong tanah yang telah ditapis tadi
§  Selepas itu, ambil baja  organic hasil dari perkumuhan haiwan sebanyak 2 beg yang telah ditapis dan campurkan dengan tanah.Tanah dan baja organik tadi perlulah digaulkan sehingga sebati menggunakan skop.
§  Selepas itu, ambil pasir sebanyak 1 kereta sorong dan tuangkan ke dalam  tanah dan bahan organik yang telah  dikumpulkan tadi.
§  Kemudian, kita perlu tuangkan pula  kapur yang telah siap ditimbang sebanyak 2kg ke dalam tanah yang kita campurkan.
§  Timbang baja CIRP sebanyak 200gram dan dituangkan ke dalam tanah,baja organic yang telah digaul. 
§  Selepas itu , kita perlu mengunakan penyuduk untuk mengaulkan tanah , bahan organik, pasir, kapur, baja (CIRP) yang telah dikumpul sehingga sebati.






No comments:

Post a Comment