Tuesday, April 29, 2014

TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN


 







JENIS – JENIS CENDAWAN BERPOTENSI DI MALAYSIA
*    Cendawan tiram kelabu
*    Cendawan telinga kera
*    Abolon
*    Cendawan tiram merah jambu
*    Cendawan jerami
*    Cendawan tiram kuning
*    Cendawan kukus / sisir
*    Cendawan berangan
*    Cendawan butang
*    Cendawang perut lembu
*    Tiram raja
*    Jarum emas

















                 PERSEDIAAN                
AWAL
PENANAMAN
CENDAWAN


1.   TAPAK PROJEK

PROJEK BERSKALA  BESAR

Binaan di atas tanah seluas 2 ekar :
·         1 unit bangunan untuk pejabat, bilik pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses
·         1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
·         1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
·         10 unit rumah cendawan bersaiz 20’ × 50’ untuk pemeraman dan pengeluaran hasil

CIRI-CIRI ASAS RUMAH CENDAWAN
Ø  Pengudaraan yang baik –menggunakan dinding netting
Ø  Suhu sesuai – 28ᵒC-30ᵒC – Rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
Ø  Kelembapan bandingan yang tinggi : 80-90% - siram 2 kali sehari
Ø  Kalis serangga & penyakit – dinding netting dan lantai bersimen

UKURAN RUMAH CENDAWAN YANG SESUAI
ü  Besar : 20’ x 50’ – memuatkan 10,000 – 15,000 beg
ü  Kecil  : 20’ x 15’ – memuatkan 3,000 – 4,500  beg

Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan pencemaran.

AMALAN PENGURUSAN BAIK
 Susun atur kerja mengambil kira kawasan membasmi kuman dan bukan basmi kuman – perlu dipatuhi untuk elakkan pencemaran dan jangkitan kuman.

Kebersihan ruang :
      i.        Penyediaan beg – kawasan tidak basmi kuman
    ii.        Pengukusan – sempadan antara kawasan tidak basmi kuman dan kawasan basmi kuman
   iii.        Menyuntik benih – kawasan basmi kuman
   iv.        Pemeraman dan memungut hasil – kawasan basmi kuman





2.         DAPATKAN BEKALAN BAHAN MEDIA



3.         DAPATKAN BEKALAN PERALATAN


·      Beg plastik PP tahan panas
·      Tutup leher beg media
·      Penyodok besar bagi projek kecil
·      Mesin pembancuh
·      Mesin pengisi beg bagi projek komersil















            









             TEKNIK

PENANAMAN

 CENDAWAN













AKTIVITI UTAMA PENANAMAN CENDAWAN


                     
1.        PENYEDIAAN BEG MEDIA CENDAWAN

Peralatan yang diperlukan :

1)    Beg plastik tahan panas (8.5cm×35cm, tebal 0.6)
2)    Tutup dan leher beg media, kapas/span penyumbat.


Projek kecil     :       Penyodok besar dan kecil
Projek besar   :       Mesin bancuh, mesin pengisi beg


Bahan  yang diperlukan :

a)    Dedak padi (halus)
b)    Kapur  pertanian
c)    Habuk kayu getah



Cara-cara penyediaan beg media cendawan :

      i.        Gaulkan habuk  kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar  bancuhan dengan nisbah 100:10:1 mengikut berat sama ada menggunakan secara manual atau mesin pembancuh.
    ii.        Siram air sehingga habuk kayu tidak melerai dan tiada air menitis apabila dikepal (kelembapan media diantara 60-65% dan pH 5.5-7)
   iii.        Masukan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18cm dan beratnya lebih kurang 1 kg. jika menggunakan tangan , beg plastik hendaklah dihentakkan bagi tujuan memadatkan atau menggunakan mesin pengisi beg bagi tujuan komersil.
   iv.        Sekiranya perlu, lubang boleh dibuat ditengah beg media supaya benih mudah masuk ke tengah  beg dengan menggunakan batang kayu.
    v.        Pasangkan leher pada mulut plastik, lipatkan ke bawah dan tutupkan mulut cendawan dengan menggunakan penutup ( penutup disumbat dengan sedikit kapas atau span)




2.     PENGUKUSAN BEG MEDIA

Selepas penyediaan beg media cendawan siap, pengukusan perlu dilakukan untuk membunuh segala organisma dan serangga yang terdapat di dalam bancuhan semasa menyediakan beg media cendawan tadi. Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong drum yang telah diubahsuai atau menggunakan  pengukus khas yang besar (steamer). Peralatan lain yang diperlukan adalah set dapur gas, pelapik dan penutup tong drum.

Pengukusan beg media cendawan boleh menggunakan 2 alat pengukus iaitu :
a)    Set tong drum (ubahsuai dijadikan alat pengukus)
b)    Pengukus besar (khas untuk mengukus beg media cendawan)

a)Set tong drum (ubahsuai dijadikan alat pengukus)

      i.        Letakkan pelapik setinggi 12 cm ke dalam tong drum.
    ii.        Isikan air ke dalam tong drum sama paras atau bawah sedikit dengan paras pelapik.
   iii.        Beg media cendawan boleh di isi ke dalam tong drum sebanyak 70-75 beg media cendawan.
   iv.        Susun beg-beg media cendawan secara menegak ke dalam tong drum dan tutup rapat dengan set penutup tong drum.
    v.        Mulakan kukusan selama 8 jam.
   vi.        Padamkan api dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan.
  vii.        Beg media cendawan disejukkan di tempat ruang khas yang basmi kuman selama 24 jam. Beg cendawan yang baru dikeluarkan masih terasa suam dan belum sejuk sepenuhnya.

b) Pengukus besar (khas untuk mengukus beg media cendawan)

      i.        Susun beg media cendawan dalam bekas atau raga besi yang khas untuk pengukusan.
    ii.        Susun raga atau raga besi dalam pengukus dan tutupkan rapat pintunya.
   iii.        Kukus selama 10-12 jam mengikut saiz pengukus. Semakin besar pengukus, semakin lama jangka masa pengukusan yang diperlukan.




















3.PENYUNTIKAN BENIH CENDAWAN


PEMILIHAN BENIH

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian untuk memilih benih cendawan adalah seperti berikut:
      i.        Pilih jenis benih yang dikehendaki dengan betul.
    ii.        Maisilium benih cendawan yang baik kelihatan putih seperti kapas.
   iii.        Pilih benih yang pertumbuhan maisiliumnya penuh sehingga bawah botol atau beg plastik benih.
   iv.        Elakkan mengguna benih yang berwarna perang dan yang telah mengeluarkan cairan seperti minyak kerana benih-benih ini telah tua dan tidak aktif.
    v.        Elakkan mengguna benih yang telah dicemari oleh kulat hitam, kulat kuning atau kulat hijau.
   vi.        Jangan gunakan benih yang berbau masam.
  vii.        Jangan gunakan benih yang sudah berulat.


PENYUNTIKAN BENIH

Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benih telah dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih yang dijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah:

      i.        Benih cendawan
    ii.        Pencungkil besi atau kayu (bagi benih dalam botol kaca)
   iii.        Lampu spirit
   iv.        Marker pen
    v.        Mancis api atau pemetik api


Penyediaan sebelum memulakan kerja menyuntik benih cendawan:

1.    Bersihkan bilik dengan pembasmi kuman sebelum menjalankan kerja menyuntik benih cendawan.

2.    Pindahkan beg cendawan yang telah sejuk ke dalam bilik suntik.

3.    Pastikan pakaian dan diri penyuntik benih dalam keadaan bersih.

CARA-CARA MENYUNTIK BENIH ADALAH SEPERTI BERIKUT:


3.     PEMERAMAN BEG MEDIA

Susun beg media cendawan yang telah dimasukkan benih cendawan di atas rak di dalam ruang pemeraman cendawan secara rebah atau tegak. Peram beg media cendawan selama lebih kurang 60 hari dalam keadaan gelap sehingga maisiliam putih tumbuh penuh ke seluruh beg cendawan. Suhu yang sesuai dalam proses pemeraman ini adalah 28ᵒC - 30ᵒC. Semasa pemeraman pastikan suhu dan kelembapan rumah cendawan dipatuhi.



4.     PENUAIAN HASIL

Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45-60 hari, kerja selanjutnya ialah memungut hasil. Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkan dan susun beg secara rebah di atas rak di dalam rumah cendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan semasa penuaian hasil ialah 30ᵒC-32ᵒC dan kelembapan bandingan 80%-90%.

Cara-cara memungut hasil mengikut peringkat pertumbuhan cendawan adalah seperti berikut:
      i.        Hari pertama, buka mulut beg media cendawan setelah pemeraman selama 45-60 hari maisilium memenuhi keseluruhan beg media
    ii.        Hari kedua, cendawan mula keluar seperti anak mancis.
   iii.        Hari ketiga, cendawan mula membesar dan kembang.
   iv.         Hari keempat, cendawan membesar ke peringkat optima. Di peringkat ini cendawan mempunyai ciri-ciri berkualiti seperti kelihatan segar dan cantik, rasanya rangup dan manis, tahan lebih lama serta tidak mudah lembik dan tidak cepat berbau busuk.
    v.        Hari kelima tepi cendawan mula berombak dan pecah. Ini menunjukkan cendawan terlalu matang/tua. Kualiti rendah, rasanya kurang manis, liat dan cepat berbau busuk.
   vi.        Selepas memungut asil, tutup kembali mulut beg media cendawan dengan penutup rehat dan rehatkan beg tersebut selama 7-10 hari sebelum pusingan kedua dibuka semula untuk pengeluaran seterusnya.

Kutipan berikutnya adalah selepas 10-14 hari beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak 60-80gm bagi setiap beg media cendawan dan satu beg media cendawan boleh memberikan 5-6 kali kutipan hasil untuk selama 3-4 bulan.




















5.     PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Cendawan yang baru dipetik akan melekat pada rumpunnya. Leraikan cendawan, buangkan cendawan yang terbantut tumbesarannya dan cendawan yang cacat.Kerat pangkal tangkai cendawan dengan pisau atau gunting.

Bagi tujuan jualan runcit, susun cendawan dalam plastik secara satu hala.Jual terus hasil cendawan yang masih segar atau simpan dalam peti sejuk tidak lebih dari 3 hari. Untuk jualan borong, kebiasaannya disimpan dalam plastik dengan muatan berat 1 kg.
Ini adalah memudahkan penyimpanan dan sesi jualan borong dilakukan.

Cendawan yang dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5ᵒC-10ᵒC selama 2-3 hari.Cara menyimpan dalam peti sejuk dengan meletakkan kedudukan insang menghala ke atas.








 




























































































 















































No comments:

Post a Comment