Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia terutamanya semasa era selepas merdeka, yang pada masa tersebut majoriti penduduk tertumpu kepada kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Namun dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu terutamanya oleh mereka yang tinggal di bandar. Sebenarnya, sektor pertanian ini mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.
Faedah
yang paling dominan ialah sektor pertanian dapat memperluas peluang pekerjaan.
Sesetengah masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka
umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Masalah ini dapat
diatasi sekiranya mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana terdapat
bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, dan
juga penyelidikan. Jadi, sektor pertanian ini secara langsung dapat menambahkan
lagi peluang pekerjaan masyarakat.
Selain
peluang pekerjaan, bekalan bahan mentah penting kepada sektor ekonomi sekunder
dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian banyak digunakan dalam proses
pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport
makanan yang juga merupakan hasil pertanian adalah seperti kelapa sawit, koko,
lada hitam, beras dan sebagainya. Lantaran itu, kos pengeluaran dapat
diminimumkan kerana harga bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian
adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa.
Pada
masa yang sama, sektor pertanian membekalkan bahan makanan untuk kegunaan
domestik rakyat. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia.
Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memperoleh beras kerana
padi banyak diusahakan di negara ini. Oleh itu, kita dapat menikmati harga
makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor pertanian.
”Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan
kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang
tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu
atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”
–Surah
Al-Ra’d ayat 4-
Pertanian merangkumi pelbagai
bidang dan teknik, termasuk cara
meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air
dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai
tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.
Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk
pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk
tersebut biasanya terbentang antara pertanian
mampan (misalnya, permakultur
dan pertanian organik)
dan pertanian
intensif (misalnya, pertanian
perindustrian).
Dalam islam, Kepentingan bidang
pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran
yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.
(Hadis
riwayat at-Tabrani)
Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.
Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.
”Atau
siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu
dari langit, lalu
Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang
kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping
Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang
menyimpang (dari kebenaran).”
–Surah Al-Naml ayat 60-
قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ e مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ
غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ
بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
Maksudnya: “Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil
pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia
akan menerima ganjaran pahala sedekah – dalam
riwayat yang lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari
Kiamat”. (Hadis riwayat Muslim)
KRONOLOGI
ERA PERKEMBANGAN PENANAMAN PADI
Pada zaman dahulu:
Sebelum
padi ditanam, tanah sawah hendaklah terlebih dahulu dibajak dan digemburkan.
Bagi membajak sawah, kerbau digunakan pada zaman dahulu. Petani akan memasang
tenggala (alat pembajak yang diperbuat daripada kayu) dan ditarik oleh kerbau.
Selepas kerja menggala selesai, kerbau sekali lagi digunakan bagi kerja-kerja
menyisir (atau menyikat) tanah menggunakan sisir besi bagi menggemburkan tanah.
Pada zaman dahulu para petani menggunakan kerbau untuk membajak sawah, mereka
memukul kerbau agar berjalan untuk
membajak sawah. Penggunaan kerbau untuk membajak sawah mengambil masa yang lama
untuk menyiapkan satu sawah padi.
Pada zaman pertengahan:
Untuk
pengubahan hasil yang lebih baik, Para
petani telah mengubah system bajak sawah dari menggunakan kerbau kepada
traktor. Ini berubah kerana hasil tanaman padi tidak meningkat dan perubahan
penggunaan untuk membajak sawah terpaksa ditukar. Penggunaan traktor dapat
mengurangkan masa bajak,kerana penggunaan kerbau mengambil masa masa yang lama.
Tetapi penggunaan traktor menyebabkan peningkatan kos dari segi wang ringgit
untuk penyelenggaraan traktor minyak.
Pada zaman sekarang:
Setelah
perubahan berlaku, pada zaman sekarang penggunaan bajak sawah menggunakan
kerbau dan traktor sudah ditukar kepada traktor yang lebih besar dan mempunyai
implement. Penggunaan traktor ini lebih cepat dari penggunaan kerbau dan
traktor pada zaman pertengahan. Penggunaan jentera ini lebih menjimatkan masa
petani untuk menanam padi.
TIGA
CONTOH KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR DAN IMPLIKASINYA
1.
Pencemaran
Udara
Pencemaran
udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jisim zarah yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan
ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan
negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki
kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran
oksigen ke dalam salur-salur darah. Jenis-jenis bahan pencemar ialah Sulfur dioksida,karbon
monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.
Contohnya pembakaran secara terbuka oleh petani yang membakar jerami padi dan
membakar tunggul-tunggul kayu di kawasan pertanian.
2 Implikasi Pencemaran Udara
Kesan
utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan
menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas
ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala
habuk,asap,kabus,wap atauvbahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan
penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan
sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.
2. 3.Pencemaran
Air
Pencemaran
air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian
alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini
sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan
memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan
lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta
tumbuh-tumbuhan air. Contohnya penggunaan baja kimia dan racun kimia oleh
golongan petani.
Implikasi Pencemaran Air
Pencemaran
air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi
bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada
jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf.
Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian
seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Pencemaran
air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat
kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada
pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan
banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan
ekosistem menjadi tidak seimbang.
3.
Pencemaran Tanah
Pencemaran
tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan
yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadi pertukaran warna,kesuburan,dan hakisan.
Ia disebabkan oleh bahan buangan
dalam bentuk cecair atau pepejal. Dalam pertanian padi pembuangan
sisa-sisa seperti guni baja,penggunaan baja dan racun yang membahaya ke atas
tanah menyebabkan tanah berasid.
Implikasi
Pencemaran Tanah
Penyebaran
kuman-kuman penyakit merupakan salah kesan yang akan timbul
kesan daripada pencemaran tanah. Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan
lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke
tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya
di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Hakisan tanah juga
akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku. Hakisan tanah adalah salah
satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara. Ianya bukan sahaja
merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan
nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.
Penjelasan di
atas menggambarkan bahawa Islam memberi perhatian dan sangat menggalakkan
kepada sektor pertanian. Malahan Islam memberi panduan dalam memastikan segala
aktiviti pertanian iaitu bermula daripada projek dijalankan hinggalah kepada
proses pemasaran dan jualan menurut garis panduan yang jelas dan adil demi
mengelakkan perbalahan di antara penjual dan pembeli.
Walau
bagaimanapun, perhatian tidak seharusnya diberikan hanya kepada sektor ini
dengan mengabaikan kepentingan sektor-sektor lain kerana matlamat utama kita
ialah mencapai keseimbangan di dalam segala bidang untuk memenuhi tuntutan
fardhu kifayah dalam rangka membangun negara dan ummah. Tetapi kita juga perlu
mengambil kira kesan-kesan yang akan berlaku jika pertanian di Malaysia masih
lagi menggunakan bahan-bahan yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitarnya.
Hakikat betapa
Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas daripada peruntukkan yang ada
di dalam syariah. Sebagai contoh, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah
terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan
berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Peruntukkan ini jelas memberi intensif
kepada pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar
atau mati. Perkara ini disebutkan dalam riwayat Aisyah Radhiallahu ‘anha, Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang memakmurkan
(mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak
terhadapnya”.
(Hadis riwayat
Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment