Racun perosak
merupakan agen pembunuh perosak yang merupakan satu bahan atau campuran
bahan-bahan yang boleh membunuh atau memusnahkan perosak. Antara contoh racun makhluk perosak ialah seperti
racun Parakuat, Organofosfat, Organoklorin, Glifosat dan Karbamat. Racun
makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan
penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.
Keracunan
pada dasarnya harus dianggap sebagai satu kes kecemasan. Tanggapan sedemikian
perlu dibuat pada peringkat awal bagi mempastikan kes-kes ini tidak dipandang
ringan dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan segera. Ini penting kerana
keracunan boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut pada mangsanya.
Walaupun tanggapan sedemikian dibuat, analisis kes-kes keracunan yang pernah
dilaporkan menunjukkan bahawa kebanyakan kes-kes tidak mengakibatkan kematian.
Malahan, lebih kurang 3/4 dari kes-kes keracunan didapati tidak membahayakan
dengan sedikit sahaja gejala yang ditunjukkan. Dalam hal begini, pesakit tidak
harus pula dikenakan tindakan rawatan yang serius sehingga boleh mengakibatkan
komplikasi.
Seseorang itu boleh terdedah
kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:
- Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
- Semasa menuang racun ke dalam alat penyembur terpercik kepada badan atau mata
- Terhidu racun makhluk perosak.
Contoh pekerja yang
berisiko terkena racun perosak adalah:
- Peladang/petani
- Pekerja ladang/estet
- Pekerja kilang racun makhluk perosak.
- Sesiapa sahaja yang berada di kawasan penyemburan racun dijalankan.
RAWATAN
KECEMASAN
LANGKAH-LANGKAH
RAWATAN KECEMASAN YANG DISYORKAN:
• Tanggalkan
atau longgarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa. Buka
kelopak
mata
dan
segera basuh
dengan
air secara
berterusan
dengan
perlahan
selama
15 minit
atau
lebih.
Jangan
bubuh
apa-apa
pada
mata
atau
air.
Þ
•Mangsa perlu dibalut dengan selimut untuk mengelakkan daripada kesejukan, tetapi jangan terlampau panas. Jangan
cuba memaksa pesakit untuk muntah jika mangsa tidak sedarkan diri.jika mangsa
sedarkan diri cuba muntahkan mangsa dengan memasukkan jari di belakang tengkak
mangsa.
•Bersihkan
bahagian tubuh atau anggota yang tercemar dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit.
•Hantarkan
mangsa terlibat ke hospital dengan segera.Ambil
sedikit bahan yang dimuntahkan untuk dibawa berjumpa doktor.
KEBAIKAN RAWATAN
- Selain itu ia juga sebagai langkah-langkah awal sebelum mendapatkan rawatan yang seterusnya.
- Dapat mengelakkan komplikasi yang lebih serius atau keadaan menjadi bertambah buruk jika tidak melakukan rawatan awal dengan segera.
- Dapat memberi rawatan awal kepada mangsa.
- Dapat mengurangkan kesakitan kepada mangsa akibat daripada terhidu atau terkena kepada badan mangsa yang boleh menyebabkan mangsa maut.
KEBURUKAN RAWATAN
·
Jika pemberi rawatan tersalah memberi rawatan kepada mangsa,
mungkin keadaan mangsa akan menjadi lebih kronik dan peratus untuk
menyelamatkan nyawa mangsa sedikit
·
Jika perawat tersilap memberikan rawatan
ia boleh menyebabkan kecacatan yang kekal kepada mangsa
·
Ia juga boleh meninggalkan kesan sampingan seperti kesan
jangka pendek atau kesan jangka panjang.
·
Jika tersilap memberikan rawatan kepada
mangsa boleh mengakibatkan kerosakan organ dalam badan.
·
Peratus untuk mangsa hidup bagi racun
yang terhidu mungkin kurang akibat daripada kesilapan merawat mangsa.
SEBAB-SEBAB PEMILIHAN
Mangsa keracunan akibat terhidu gas atau asap mempunyai tanda
amaran seperti pening kepala, sakit kepala dan rasa lemah badan. Bergantung
kepada jenis racun yang dihidu, mangsa boleh mengalami batuk, sesak nafas
ataupun maut. Mangsa ini perlu dibawa keluar ke kawasan lapang dengan segera.
Pintu dan tingkap harus dibuka dengan luas. Namun begitu, sebelum memasuki ke
tempat yang mungkin dipenuhi asap atau gas, pastikan ia selamat. Ini memerlukan
maklumat tentang gas yang terbabit. Selain nama gas yang tercatat pada tong
gas, bau dan warna gas tersebut mungkin dapat membantu dalam mengenalpasti dan
menilai risiko pendedahan.
Mangsa keracunan gas hendaklah dipindahkan ke tempat yang
berudara bersih/segar. Bagi pesakit yang sedar, kepala dan dada mereka perlulah
diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan. Jika mangsa tidak dapat
bernafas dengan baik, pakaian yang ketat hendaklah dilonggarkan dan pernafasan
bantuan diberikan sebelum mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa keracunan gas
hendaklah diuruskan dengan hati-hati supaya badannya tidak bergoncang.
Dalam keadaan di mana mangsa terkena racun pada bahagian
kulit, tindakan segera perlu dilakukan untuk menanggalkan pakaian yang tercemar
dan membasuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10
minit. Kemudian, bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika
kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut
di hospital.
Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan
menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata.
Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit. Pesakit hendaklah
disuruh mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa
matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata.
Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera
untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya.
Mencegah kejadian keracunan racun
makhluk perosak:
v Pastikan anda tahu jenis racun makhluk
perosak yang digunakan
v Patuhi setiap arahan pengendalian
racun makhluk perosak yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa
v Amalkan teknik pengendalian yang
selamat
v Labelkan bekas racun makhluk perosak
dengan betul
v Simpan racun makhluk perosak di tempat
yang berkunci dan berasingan dari barang-barang lain.
v Jangan pindahkan racun makhluk
perosak ke dalam bekas lain; gunakan bekas yang asal sahaja.
v Jangan gunakan semula bekas racun
makhluk perosak yang telah kosong.
v Lupuskan semua bekas racun makhluk
perosak yang kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada
pihak tertentu yang dilantik.
v Gunakan alat pelindung diri yang
sesuai dengan cara yang betul.
Amalan
pengendalian yang selamat:
- Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai
- Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
- Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
- Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
- Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun
Pakaian yang
sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak:
Baju
berlengan panjang dan seluar panjang.
Topi.
Apron
plastic.
Kasut/but
keselamatan.
Sarung
tangan getah.
Topeng
muka.
Kacamata
pelindung mata.
I think your blog is great and if you do not mind the need to do an update on your blog and it will be great for your blog
ReplyDeletedewa poker
Tq sir. Mcmn pulak caranya jika pokok bunga terkena siraman racun rumpai dan cara nak atasinya...
ReplyDeleteCara penerangan dan solusi yang bagus. Tqvm
ReplyDeletehi nak tanya. bapa saya terlupa cuci tangan dan makan nasi selepas guna racun perosak. apa akibatnya. dah seminggu. dia baru start batuk2 dan rasa pitam.boleh bantu.
ReplyDelete