PENGENALAN
Kongsep
1Malaysia merupakan konsep yang baru dilancarkan di Malaysia pada tahun
2009,lima tahun dahulu. Ia merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti perlaksaan Dasar Ekonomi baru,Rukun Negara,Dasar sosial
Negara dan seupamanya agar sebarang konflik perkauman dapat dielakkan serta
pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang ada dalam konsep 1Malaysia ini
adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita
negara untuk mencapai wawasan 2020 sebagai negara yang berstatus maju tercapai
dengan jayanya.disamping itu,ia diharap mampu menyemarakkan lagi semangat
perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah negara
bangsa yang berjaya.
Selain itu,kongsep ini juga menekankan
sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua pihak saling
hormat-menghormati antara satu sama lain dalam aspek budaya,bahasa dan agam.ini
selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berkenaan kongsep
1Malaysia, iaitu “1Malaysia adalah satu
gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum,berteraskan berberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia.”Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak.
Kongsep 1Malaysia boleh dikatakan
menjadi satu model untuk memperkasakan perpaduan dan kesinambungan kepada
pendekatan-pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan
(PPM,2009). Hasil perpaduan yang dicapai akan dapat menjamin kestabilan,seterusnya
mampu membawa negara kea rah kemajuan dan pencapaian yang lebi tinggi bagi
rakyat dan negara. Jadi kongsep ini boleh disamaterikan sebagai satu strategi
atau formula untuk mencapai kejayaan negara, iaitu Wawasan 2020.
Oleh sebab itu,untuk mencapai status
yang kukuh ini hanya dapat dicai melalui rakyat yang bersatu padu. Perpaduan
yang ditonjolkan dalam kongsep 1Malaysia bukan mengambarkan akan berlakunya
asimilasi antara kaum seperti negara lain yang lazimnya identiti mereka
dihapuskan dan digantikan dengan identiti nasional yang harus digunakan oleh
semua pihak. namun sebaliknya,kongsep yang diketengahkan ini menghargai dan
menghormati identity setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap ia
merupakan satu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat,
disamping mengakui prinsip-prinsip yang ada dalam perlembagaan persekutuan.
Melalui
slogan “Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan”, kongsep 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak
diperkatakan dan dibahaskan. Banyak juga tafsiran dibuat dengan cara yang
salah. Sacara umumnya,gagasan 1Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan
berada di landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu
bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. 1Malaysia bertujuan untuk
menyepadukan rakyat dan paling penting untuk memastikan tiada rakyat di
Malaysia ini terpinggir oleh arus pembangunan yang semakin membangun. Malah
setiap rakyat di negara ini sama ada daripada kelompok kecil atau besar tidak
dapat dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan dengan kadar yang sama rata.
Gagasan ini juga bertujuan untuk
menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju
tetapi menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu
sebagai sebuah bangsa. Melalui gagasan satu Malaysia ini,rakyat pelbagai
kaum,agama dan latar hidup disatukan bagi melahirkan satu bangsa dengan satu
impian sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati
di peringkat antarabangsa.
Jika diperhalusi kesemua lapan nilai
dalam kongsep gagasan 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,ketabahan,rendah
hati,penerimaan,kesetiaan,meritokrasi,integrity dan pendidikan, sememangnya
bertepatan dengan hala tuju negara pada ketika ini.
OBJEKTIF UTAMA GAGASAN 1MALAYSIA
1Malaysia
adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiapa rakyat Malaysia. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara
menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum.
Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek
utama seperti yang berikut ;
ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS
TERAS PERPADUAN
Teras
perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya
mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI
ASPIRASI
Teras
Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya
maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu
melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.
HUBUNGAN
KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Kaitan
antara konsep 1Malaysia dengan dasar-dasar Negara terdahulu telah dinyatakan
sendiri oleh Y.A.B Perdana Menteri iaitu Datuk Sri Najib. Beliau menyatakan
“konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah
kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang
terdahulu.
Konsep ini
bukanlah suatu perkara yang baharu.
Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu
usaha kerajaan yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga
kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha
membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri
seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan beliau tersendiri, namun
matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
PERANAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK
MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG BERJAYA
Melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dengan menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan
perkembangan zaman dengan tujuan untuk membolehkan rakyat menjadi cemerlang bak kata peribahasa "Jika tidak
dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya" yang memberi maksud
bahawa jika kita tidak berusaha untuk mendapat kejayaan, nescaya kejayaan tidak
akan kita peroleh.
Rakyat mestilah mengamalkan semangat
perpaduan, Perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain,bersikap toleransi
dan memahami budaya dan agama pelbagai masyarakat yang ada di dalam negara ini,
bergerak seiring untuk membangunkan negara bagi mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020.
Memantapkan sahsiah diri agar menjadi
orang yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkan
budaya sopan santun dalam kehidupan seharian dan melengkapkan diri dengan ajaran
agama dan pendidikan moral serta menjauhkan diri dari terlibat dalam
gejala-gejala negatif dan masalah sosial yang boleh memudaratkan kehidupan kerana
rakyat Malaysia menjadi ikon yang membawa imej baik dan terpuji di peringkat
global dan. Remaja perlu ada jati diri bagi menepis dan menangkis segala
perkara buruk yang cuba diserapkan dalam jiwa mereka. Jadilah model insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Menghayati dan mengamalkan rukun negara
dari aspek rukun negara bukan hanya menjadi sebutan atau meniti dibibir sahaja
tetapi perlu dihayati dan diamalkan agar menjadi warganegara yang berintegriti.
Rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu berusaha membentuk diri menjadi modal
insan yang cemerlang agar disanjung oleh masyarakat dan perlu berusaha mempersiapkan diri untuk memacu
negara ke arah wawasan.
Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu
memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea, buah fikiran dan juga
pandangan untuk menyatupadukan masyarakat negara ini - Hal ini kerana, 70
peratus daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan
golongan ini perlu kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam
apa-apa bidang sekalipun kecuali bidang yang boleh memudaratkan diri, keluarga,
negara dan juga agama.
BUDAYA
KECEMERLANGAN
Y.A.B Perdana menteri percaya bahawa
demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi, Budaya
kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini kerana jika seseorang
mempunyai satu set nilai-nilai yang dipraktikan budaya kecemerlangan,segalanya
akan berkembang dan beralir dari budaya tersebut. Secara dasarnya,ia merupakan
satu usaha yang berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkara-perkara
yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari bertapa pentingnya budaya
kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak
prinsip meritokrasi. Dari situ,seseorang itu akan menegaskan kepentingan
prestasi dan prestasi itu banyak berpaut kepada budaya kecemerlangan.
Aspek-aspek budaya kecemerlangan.
Sesebuah
masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan merupakan salah satu nilai
dalam budaya kecemerlangan.ketepatan pengukuran,menguruskan masa,jadual
penyampaian dari segi kualiti amatlah penting. Jika rakyat Malaysia dikenali
sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan,maka setiap
produk dan perkhidmatan dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti
dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.
KETABAHAN
Seseorang itu akan Berjaya menghadapi
rintangan dan dugaan sekiranya beliau berkerja keras,berdidikasi dan tabah
mengadapinya serta perlu menghargai dan memahami waktu semasa menghadapi dengan
kesukaran tersebut. Begitu juga Malaysia yang berhadapan dengan pelbagai krisis
contohnya krisis kewangan dan penentangan komunis atau berhadapan dengan
waktu-waktu bergolak pada sejarah yang lampau. Namun apa jua keadaan kita akan
berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah
negara yang berjaya. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut.
Ketabahan
mengharungi perubahan peribadi.
Y.A.B Perdana Menteri pernah menceritakan bawahawa di sepanjang
hidupnya,beliau sentiasa berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan
kemampuan diri kerana tidak mahu orang lain memandang kepadanya dan berkata “dia berada disitu kerana nama,atau nama
keluarganya melonjakkan dia ke situ”. Beliau merasakan ada masa yang sama
ia seakan satu bebanan kerana perlu sentiasa membuktikan bahawa beliau wajar
mendapat semua itu. Malah beliau sentiasa menyedari bahawa mendapat semua itu.
Malah beliau sentiasa menyedari bahawa perlu menunjukan kemampuannya dalam
melakukan sesuatu perkara dengan baik. Contohnya semasa beliau menghadapi
kekecewaan politik di kawasannya sendiri iaitu pada tahun 1999, apabila hanya
menang tipis dengan mejoriti yang amat kecil iaitu 241.
Pada
masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi beliau akan menjadi sejarah dan
sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya betukar kawasan.tetapi beliau
tetap dengan pendirian untuk kekal dan menyatakan pada diri sendiri walau apa
sekalipun beliau akan terus berjuang dan pada pilihan raya umum 2008, beliau
mencapai kejayaan terbaik dari segi mejoriti BN untuk sebarang pemilihan
parlimen apabila meraih 26,464 undi.
RENDAH
HATI
Bersikap rendah diri
pada dasarnya adalah satu asset kerana dalam masyarakat kita,masyrakat
tradisional mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat rendah
diri. Dalam Islam,ia adalah kongsep ‘tawaddu
yakni rendah diri. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat melayu,seseorang
itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya,apabila anda keluar melakukan tugas
sebagai ahli parlimen,anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat
dengan memberikan contoh ketika bertugas sebagai ahli parlimen, jika berada di
dalam surau atau ke kawasan penduduk miskin,beliau akan memastikan tingkah laku
tidak akan membuatkan mereka merasa tidak selesa.
Namun,bersikap rendah diri bukanlah satu
petanda kelemahan, dalam masyarakat tertentu ia cenderung disalah ertikan
sebagai satu kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar adakalanya perlu
menunjukkan kekuatan dan keyakinan kerana apabila dilihar sebagai rendah diri
akan dianggap sebagai kelemahan. Beliau menyatakan sesorang itu mestilah
menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat ia adalah satu aset, tetapi ada
waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan
dan kejayaan,tetapi bukan dengan cara penindasan.
PENERIMAAN
Kongsep penerimaan dan toleransi adalah dua
perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan atau perlaksanaan. Penerimaan
akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara
dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula
berlaki kerana tiada pilihan lain atau terpaksa.perlakuan atau sikap toleransi
berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan
ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara
baik dan mendapat persetuan secara bersama. Padanya, itu adalah penting kerana
seseorang tidak merasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan
memlulu yang negatif dan mahu memperlihatkan kemampuan terbaik yang boleh
diberikan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada semua bangsa sama ada
melayu,cina dan india serta kaum lain agar menjadi satu bangsa yang berjaya di
mata dunia.
Pada beliau nilai
kesetiaan amat penting kerana disitu adalah asas kepada kepercayaan. Dalam
sebarang perhubungan, kesetiaan adalah amat penting. Beliau juga mentafsir
kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga membuta
tuli. Padanya di dalam perkhidmatan kerajaan, semestinya seseorang itu perlu
setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu
komited kepada tugasnya dan berdidikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak
boleh dikritik,tetapi sudah tentu hendaklah dikritik dengan cara yang betul di
tempat dan masa yang bertepatan.
Pada beliau kesetiaan yang membuta tuli
adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau di dalam kerajaan bahawa
tiada ruang untuk kritikan membina mahupun pertentangan pendapat. Tetapi ia
hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.
MERITOKRASI
Prinsip meritokrasi
tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya perlu
mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya,mereka yang
kekurangan atau masyrakat yang tinggal di kawasan pedalaman,estet-estet dan
perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih
dinamik. Sudah tentu mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada
dasarnya,meritokrasi merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu
Malaysia kearah kejayaan yang lebih hebat. Satu dari prinsip budaya kecemerlangan
adalah prinsip meritokrasi. Jika penghargaan berasaskan kerana mereka adalah
yang terbaik sama ada untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk
mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada
pada tahap tersebut.
Tentang tingkah laku kerajaan kearah
meningkatkan meritokrasi, ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek
perkhidmatan kerajaan dan masyrakat secara keseluruhan sewajarnya dibentuk
berdasarkan meritokrasi. Misalnya dalam pemerolehan,kerajaan sewajarnya memperkenalkan
satu polisi yang mempastikan persaingan pembidaan, kerajaan berpeluang memilih
syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang
sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan
berasaskan tender perundingan.
PENDIDIKAN
Pendidikan dan
pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.
Sepanjang sejarah hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud
berbanding dengan sesebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak
mampu bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik
dan disepadukan denagn nilai. Bukan sahaja kerajaan tetapi masyrakat sebagai
satu nilai. Sebagai contoh,budaya membaca sama ada melalui buku atau internet
akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa
kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak
mempunyai aliran tunggal dan dengan sedemikian,kita tidak mempunyai aliran
kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk
memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi keduanya kekuatan dan masalah serta
cabaran kepada kita kerana tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia
memebesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya,
sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa cina akan
memasuki sekolah cina dan 97 peratus daripada bangsa melayu akan memasuki
sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang dan terdapat hanya
peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kokorikulum dan
menekankan kepada nilai bersama agar walau terpisah secara fizikalnya,tetapi
dipenuhi dengan sistem yang serupa.
INTEGRITI
Nilai integriti penting
bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Cara
terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku
jujur kepada rakyat. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi
yang dilaksanakan dengan betul. Jika polisi itu tidak menjadi, maka anda
sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini…”kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk
melakukan lebih baik lagi dan kita mahu memperbetulkan kesilapan ini” dan
diharap kesilapan yang dilakukan adalah sedikit tetapi sebahagian besar
daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan ada satu ketika
disebabkan oleh perubahan keadaan, anda menyedari bahawa polisi atau keputusan
anda adalah tidak tepat dan sebaik anda menyedari bahawa kurang tepat maka
berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.
HALANGAN-HALANGAN
DALAM MENCAPAI GAGASAN 1MALAYSIA
Sebagai contoh rakyat
Malaysia sendiri walaupun telah mencapai kemerdekaan ke 58 tahun tetapi
tahapkesedaran dan semangat patriotic masyarakat masih lagi ditahap yang rendah
pada sambutan kemerdekaan yang telah dianjurkan. Selain itu,masalah yang
dihadapi penduduk luar bandar yang masih diskriminasi oleh sesetengah pihak
merupakan halangan untuk kongsep itu berjaya. Contohnya dalam aspek agama di
sabah dimana ianya didominasi oelh agama Islam dan Kristian bayak memberi impak
atau cabaran dilalui tidak mudah kerana kepelbagaian merumitkan usaha kearah
perpaduan dan kesatuan masyarakat.
Selain itu, masalah penggunaan bahasa
yang baik masih menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu di Sabah
dikatakan agak rendah. Keadaaan ini bukan dipengaruhi oleh sentiment kenegerian
atau bersikap prejudis terhadap rakan semenanjung tetapi masalah yang dihadapi
ialah tongue twist atau lebih mudah slang yang dituturkan untuk bergaul
Seterusnya cabaran dari segi
sosio-budaya,ekonomi,dan politik. Dari segi politik, demokrasi semakin
diperluas ruang hak bersuara seperti penggunaan blog secara meluas tanpa
kekangan pihak berkuasa. Masyarakat dapat mengetahui dan menilai bagaimana
pemimpin berbincang secara terbuka serta penyertaan rakyat dalam pembuatan
keputusan. Dalam perspektif ekonomi, dasar liberasasi ekonomi yang dibentuk
bagi mengatasi masalah krisis ekonomi dunia perlulah seimbang untuk mengelakkan
percanggahan kepentingan sesuatu kaum. Bagi sosial pula, perubahan yang
dilakukan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan mestilah
berteraskan perpaduan bagi merapatkan jurang antara kaum yang ketika ini
dilihat goyah akibat dimanipulasi oelh golongan yang berfikiran sempit bagi mencapai
kepentingan diri semata-mata.
RUMUSAN
Konsep Satu
Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai
antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan
perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum
perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada
masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan
pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai
murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan
tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep
‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana
kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang
mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan
negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat
penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas
dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.
Sesungguhnya
semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan
konsep ini.
BIBLIOGRAFI
Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti
Awang Had Salleh.
(1980). Pendidikan kearah Perpaduan.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Berita “Wawasan 2020”
dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala
Lumpur: 28 Februari 1991.
Fauzi, M. (1987). Isu-isu Perpaduan Nasional. Kuala
Lumpur: Penerbit Seasons.
Shamsul Amri
Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia
yang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhyiddin Yassin. 2012.
Sudut Pandangan Muhyiddin Yasin: Isu, Kontroversi serta harapan. Sesebuah
wawancara. Kuala Lumpur: ITNM
No comments:
Post a Comment