Wednesday, April 30, 2014

PENANAMAN ORKID SECARA KULTUR TISU

DEFINISI KULTUR TISU
·         Teknologi Tisu Kultur merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap didalam makmal yang bermula dengan pemilihan bahan untuk dikultur seperti bahagian daun, batang, pucuk atau sel tisu yang diambil dari tanaman terpilih dan dikulturkan dalam media secara steril.
·          Bahagian kecil ini dipotong-potong halus dalam keadaan steril dan dimasukkan kedalam bekas media pembiakan dalam petri disc.
·         Media kultur lazimnya daripada bahan GEL (Agar) yang mengandungi nutrien seperti gula, vitamin dan hormon yang akan memberikan makanan kepada keratas yang akan menjadi KALUS (Calus) membesar dengan cepat bagi membentuk 'plantlet'. Telah dibuktikan di makmal seperti penghasilan tisu pisang dan orkid mampu memproses sehingga 1 juta anak pokok setahun bergantung kepada kapasiti makmal.
·         Makmal adalah lokasi asas untuk membuat proses tisu kultur yang dilengkapi dengan peralatan lengkap yang agak mahal dan sensitif dengan sanitasi (kebersihan dan steril). Kegagalan menghasilkan plant let disebabkan oleh berlakunya pencemaran oleh bahan lain yang menggangu kejayaan pembentukkan plantlet dan kalus (Lihat foto kalus dibawah). 




KEBAIKAN KULTUR TISU
 (a)    Untuk menghapuskan virus-virus atau penyakit-panyakit daripada pokok yang dijangkitinya
(b)   Selain itu, ia berguna untuk menghasilkan klon-klon yang banyak dengan mudah dan cepat.
(c)   Pembiakan beberapa spesies yang resalan, seperti pokok buah-buahan terutamanya pembiak bakaan spesies baka-baka luar adalah dalam keadaan heterozigot. Keadaan ini tidak berubah untuk beberapa keturunan apabila dibiak secara klon. Pokok-pokok ini mempunyai tempoh remaja yang lebih panjang menyebabkan ia tidak dapat menghasilkan buah dengan cepat. Maka, dengan cara ini, tempoh penghasilan buah menjadi lebih singkat dan cepat.
(d)   Tumbuhan yang susah dibiak dengan menggunakan biji benih boleh dibiak melalui cara ini
(e)   Membolehkan klon yang berbaka baik daripada tumbuhan yang tidak menghasilkan buah, misalnya pokok orkid.
(f)    Sebenarnya, kaedah kultur tisu juga merupakan salah satu cara untuk menghasilkan klon.

KEBURUKAN KULTUR TISU
1.      Tiada variasi genetik yang menjadikan sesuatu organisma lebih tahan dan hidup dengan lebih baik dalam persekitaran. Malah, klon-klon lebih mudah dipengaruhi perubahan keadaan persekitaran dan penyakit baru dan populasinya mungkin terhapus oleh faktor-faktor ini.
2.      Pengeluaran klon dalam jumlah yang besar mungkin akan menyebabkan tumbuhan dan haiwan lain terpinggir. Lama kelamaan keadaan ini boleh membawa kepada pengurangan biodiversiti.


JENIS-JENIS  KULTUR TISU
Terdapat pelbagai jenis kultur tisu di antaranya ialah :
1. Kultur Kalus
Kalus merupakan kumpulan tisu yang tidak berorganisasi dan tidak mempunyai bentuk. la dihasilkan oleh pembahagian sel yang giat. Di dalam suatu kultur, proses terbentuknya kalus diaruh dengan meletak kepingan kecil tisu atau eksplan ke dalam medium yang mengandungi sebatian tumbesaran atau bahan kimia pengawal atur. Proses pembezaan sel tumbuhan diterbalikkan. Tisu eksplan dikatakan mengalami penyahbezaan. Kalus bertambah isipadunya, tetapi ia masih tidak berorganisasi.
2. Kultur Sel atau Kultur Ampaian
Sel tumbuhan yang tidak berorganisasi dapat dikulturkan bukan sahaja sebagai kalus pada medium pepejal, tetapi juga sebagai sel bebas di dalam medium cecair yang digoncangkan. Kultur sel atau kultur ampaian biasanya didapati dengan memindahkan kalus yang rapuh ke dalam medium cair. Melalui goncangan, sel tunggal akan tercerai dan membentuk rantai atau kumpulan sel apabila sel-sel itu membahagi.
Kultur sel dapat dikekalkan sebagai:
3. Kultur Sekelompok
Ini adalah suatu bentuk kultur sel, iaitu sel disimpan di dalam sesuatu medium yang mempunyai isipadu yang tetap sehingga pertumbuhan berhenti. Tumbesaran berhenti kerana setelah habisnya nutrien di dalam medium, atau berkumpulnya metabolit yang merencatkan tumbesaran.
4. Kultur Selanjar
Dalam kaedah ini medium steril dibekalkan secara berterusan.
5.Kultur Sel Tunggal
Kultur ini boleh dimulakan daripada sel tunggal tumbuhan. Ini dilakukan denean cara menaois airmaian sel melalui satu nenanis. Hanva sel tuneeal dan kumpulan sel yang kecil sahaja yang dapat melalui penapis itu. Ampaian yang diperoleh kemudiannya diplatkan ke atas medium pepejal di dalam piring petri. Koloni kalus yang berasingan dapat dikesan di bawah mikroskop dan dipindahkan ke dalam medium baru. Suatu strain atau klon sel tunggal dapat diperoleh dengan cara ini.
6. Kultur Protoplas
Protoplas terdiri daripada sitoplasma dan nukleus tanpa dinding sel. la amat mudah mengalami kerosakan kimia atau fizikal. Protoplas berupaya menumbuhkan semula dinding sel yang baru dan kemudian membahagi. Setiap protoplas dapat menghasilkan satu koloni sel, dan kemudian suatu koloni kalus. Suatu tumbuhan keseluruhan, dapat dihasilkan daripada kalus yang berasal daripada kalus yang berasal daripada suatu protoplas tunggal.
7. Kultur Organ
Organ tumbuhan juga dapat dikulturkan. Organ tumbuhan yang digunakan terdiri daripada dua jenis:
  > Organ determinat
     Tisu yang telah pun membentuk struktur khas yang mempunyai saiz dan bentuk yang khusus,  contohnya daun, bunga dan buah.
   > Organ inderminat
    Tisu yang belum membeza dan tidak terhad pertumbuhannya contohnya meristemapeks daripada akar dan pucuk.

TUJUAN KULTUR TISU
Tujuan utama kultur tisu adalah untuk membiakkan sel tumbuhan untuk menghasilkan organisma baru yang sama dengan induknya dari segi fizikal dan kandungan genetik.

KAEDAH KULTUR TISU
    Daun dibuang daripada pucuk apeks tumbuhan orkid yang terpilih. Pucuk ini direndam ke dalam larutan 10% natrium hipoklorit selama 10 minit untuk membunuh sebarang mikroorganisma yang hadir.

     Serpihan-serpihan tisu meristem (eksplan) dipotong daripada pucuk dan direndam ke dalam larutan 1%    natrium hipoklorit selama 5 minit.

    Tisu dikultur di dalam medium steril yang mengandungi nutrien dan hormon tumbuhan dengan pH yang sesuai

    Kelalang disimpan di dalam inkubator pada suhu 35-40°c selama beberapa minggu.

    Mitosis berulang oleh sel-sel meristem akan menghasilkan tisu-tisu kalus.

    Tisu kalus akan dipindahkan ke dalam kelalang baru yang mengadungi medium nutrient yang baru. Ini untuk memastikan bekalan nutriuen dan hrmon tumbuhan yang sesuai adalah mencukupi bagi pertumbuhan dan perkembangan.

    Sel-sel akan terus membahagi melalui mitosis dan kemudian terbezakan menjadi anak-anak pokok.

  Selepas beberapa minggu, tumbuhan orkid dikeluarkan dan ditanam di dalam pasu atau di atas tanah diaman ia tumbuh sehingga matang.


KAEDAHNYA.
 

1.      Keluarkan anak orkid dengan mengunakan penyepit yang telah disterilkan.
2. Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.
3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.
4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)
5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)
6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)
7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.
8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.

Terung cara Fartigasi

Terung merupakan sejenis sayuran buah drp keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Nama Solanum melongena. Ia bertumbuh sehingga 40 – 150 cm (16 – 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 – 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.
botaninya adalah

Penanaman cili, tomato dan rockmelon secara fertigasi terbukti berkesan meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman sehingga 2 – 3 kali ganda berbanding kaedah konvensional. Penanaman terung secara fertigasi dapat meningkatkan prestasi tanaman dan hasil buah. Kaedah penanaman yang mudah serta kos pembajaan yang murah berbanding tanaman cili dan rockmelon fertigasi dapat menjadikan terung fertigasi pilihan utama pengusaha fertigasi.
Purata hasil terung fertigasi mampu mencapai 4 kg sepokok dengan formulasi pembajaan yang tepat. Jangka hayat fertigasi terung adalah 6 bulan. Di mana, 3 bulan pertama adalah tempoh pertumbuhan vegatatif dan 3 bulan terakhir adalah tempoh tuaian hasil. Tuaian pertama tanaman terung fertigasi adalah 75 hari berbanding 90 hari untuk tanaman terung secara konvensional. Tempoh tuaian yang singkat ini dapat mempercepatkan masa jualan hasil tanaman.

Penanaman terung secara fertigasi ini diminati ramai pengusaha fertigasi kerana, tanaman terung kurang menghadapi masalah penyakit dan serangga perosak. Sehingga kini serangga perosak utama tanaman terung di Malaysia adalah ulat pengorek buah, ulat pengorek batang dan kutu thrips. Pengusaha fertigasi terung tidak perlu memberikan tumpuan yang rapi terhadap tanaman terung ini. Berbanding tanaman cili fertigasi yang memerlukan tumpuan sepenuh masa dan komitmen yang tinggi drp pengusaha. Justeru itu, ramai pengusaha menanam terung fertigasi secara separuh masa, dengan menjadikan penanaman terung sebagai pendapatan sampingan.

Manakala harga ladang tanaman terung pula adalah sekitar rm 2.50 – rm 4.50. Harga jualan terung fertigasi adalah rm10 sepokok (harga jualan = purata hasil sepokok 4 kg x rm 2.50). Jika seorang pengusaha menanam sebanyak 1000 polibeg. Maka pendapatan beliau adalah rm 10000 semusim. Pendapatan sebulan adalah rm 1300 +-.


Penanaman terung secara fertigasi dapat menjadi satu pilihan utama pengusaha fertigasi di Malaysia. Kaedah ini juga dapat memberikam pulangan hasil yang tinggi berbanding kaedah konvensional.