Rajah 1 : Sistem
hierarki terkini di Malaysia
SISTEM HIERARKI MAHKAMAH DI MALAYSIA
Ø
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan
mempunyai bidang kuasa tertentu. Antaranya ialah Untuk memutuskan rayuan
terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya, Asal
atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130 dan Lain-lain seperti yang diberikan oleh atau
di bawah undang-undang persekutuan. Rayuan Jenayah Mahkamah Persekutuan boleh,
menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar dan menentukan
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa asalnya.
Ø
Rayuan Sivil
Seksyen 96 Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah
Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :–
Keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kuasa atau perkara sivil
yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya
dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama
atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan
Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam
Keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan
Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan
Perlembagaan itu. (sesyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964).
Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa
eksklusif untuk memutuskan :
Apa-apa persoalan
samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri itu
adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat peruntukan berhubung
sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut mana-mana yang
berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang.
Pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara
Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri. (Perkara
128(1) Perlembagaan Persekutuan). Rujukan Perkara 128(2) Perlembagaan
Persekutuan menyatakan – “Tanpa menjejaskan apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah
Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain
suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini,
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah
Pegawai dan kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan mahkamah yang
mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan
menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan
mengikut keputusan itu”.
Ø
MAHKAMAH RAYUAN
Mahkamah Rayuan telah
ditubuhkan pada tahun 1994. Penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran
tambahan bagi mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga
bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes-kes
rayuan yang dibawa di hadapannya.
Mengikut Perkara Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rayuan
mempunyai bidang kuasa seperti Bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah
Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang
boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang
persekutuan) dan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di
bawah undang-undang persekutuan. (Perkara 121(1B) Perlembagaan
Persekutuan)
Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra), mahkamah telah memutuskan
bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat dengan semua
keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian tertentu seperti yang
diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane (1994) yang membenarkan
Mahkamah Rayuan di Malaysia untuk menyimpang daripada keputusan sendiri yang
terdahulu.
Mulai
daripada 1 Oktober 2006 bilangan Hakim Mahkamah Rayuan telah bertambah kepada
22 orang melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1)
Perlembagaan Persekutuan) Pindaan P.U.(A) 385/2006.
Ø
MAHKAMAH TINGGI
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa :
Penyeliaan dan pengubahan keputusan
semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan
daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi juga
mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan
kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang
melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara
tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait
dengan kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan
perkara-perkara suami isteri, kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan
penggulungan syarikat, hak penjagaan kanak-kanak, pemberian kenyataan sah
wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet, injunksi, pelaksanaan tertentu
(specific performance), atau pembatalan kontrak dan kesalahan individu.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad
terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan
undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan
oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang
pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan
perlindungan jawatan, para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua
tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.
MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH
Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu :
Ø
MAHKAMAH SESYEN
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa seperti membicarakan
kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord and
tenant), distress; dan bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi
RM250,000-00, bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan
kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan
hukuman mati, Meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.
Ø
MAHKAMAH MAJISTRET
Akta Mahkamah Rendah
1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah
Majistret dalam menjalankan kuasanya. Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa
:
Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama
Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan
oleh Majistret Kelas Pertama adalah seperti, segala tindakan guaman sivil yang
amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00, membicarakan serta
memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah
tidak melebihi lima tahun penjara atau denda sebanyak RM10,000-00 atau sebat
sehingga 12 kali[5] atau gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut
atau kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau
denda sahaja[6] atau kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457
Kanun Keseksaan[7].
Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua
Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya ialah guaman
asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau
sebaliknya[9], kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman
yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda
sahaja[10]. Tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi
RM1,000-00 atau gabungan kedua-dua hukuman tersebut[11].
Ø
MAHKAMAH PENGHULU (bagi Malaysia Barat sahaja)
Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa seperti dalam seksyen
94 memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan
adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari
bangsa Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh
menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25-00. Manakala bagi bidangkuasa
jenayah pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya
menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang mana
awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.
MAHKAMAH KHAS DI MALAYSIA
Ø
MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
Mahkamah khas Raja-raja mempunyai bidang kuasa membicarakan
segala kesalahan YDA atau Raja sesebuah negeri atau kes sivil oleh atau
terhadap YDA atau Raja negeri. Keputusan mahkamah ini muktamad dan tidak boleh
dicabar dalam mana–mana mahkamah. Sebarang dakwaan ke atas atau oleh YDA atau
raja mesti mendapat kebenaran peguam negara. YDA atau Raja perlu berhenti
menjalankan tugas semasa perbicaraan kes jenayah sedang berlangsung.
Ø
MAHKAMAH SYARIAH
Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa membicarakan kes sivil
dan jenayah bagi orang-orang Islam. Antara kes berbicaraan adalah kes berkaitan
pertunangan, matrimony (perkahwinan, perceraian, nafkah ) hak penjagaan anak,
wakaf dan waris harta pusaka.
Ø
MAHKAMAH JUVANA
Mahkamah juvana mempunyai bidang kuasa membicarakan pesalah
remaja yang berumur diantara 10 hingga 18 tahun dan juga melibatkan hukuman
yang ringan sahaja dan tiada hukuman mati.
Ø
MAHKAMAH TENTERA
Mahkamah tentera
terbahagi kepada 2 mahkamah, antaranya adalah mahkamah tinggi tentera dan
mahkamah rendah tentera. Mahkamah tinggi tentera membicarakan kes berkaitan
pegawai berpangkat staf sarjan dan keatas. Hakim bagi mahkamah ini adalah
Leftenan Kolonel dan 2 pegawai tinggi.
Mahkamah rendah
tentera pula membicarakan kes berkaitan dengan askar dibawah pangkat sarjan.
Hakim bagi mahkamah ini adalah mejar dan dua orang lain antaranya kapten atau
ketua hakim.
Mahkamah tentera
mempunyai bidang kuasa bidang kuasanya adalah terhadap askar, askar simpanan
atau orang awam yg bekerja dengan pihak tentera. Antara kesnya adalah kes pecah
amanah dan disiplin dalam angkatan tentera. Hukuman yg dijatuhkan oleh Mahkamah
tentera tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera. Jika
melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh daripada YDA. Hukuman
boleh dirayu di mahkamah tinggi dan boleh mendapat pengampunan daripada YDA dan
lembaga pengampunan.
Ø
MAHKAMAH BUMIPUTERA
Mahkamah bumiputera mempunyai bidang kuasa hanya untuk
bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dan antara bidang kuasanyan adalah kes
kesalahan melanggar adat perkahwinan, seks, harta pusaka ataupun tanah.
Ø
MAHKAMAH PERUSAHAAN
Mahkamah perusahaan mempunyai bidang kuasa membicarakan kes
berkaitan pembuangan pekerja, kes pertikaian perusahaan tentang syarat
perkhidmatan, kes pertikaian interpretasi, variasi dan ketidakpatuhan keputusan
atau perjanjian, memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan
atau digantikan atau dibatalkan. Ia juga mengeluarkan saman terhadap mana-mana
pihak atau orang perseorangan untuk mengahadirkan diri ke mahkamah perusahaan.
RUJUKAN