Wednesday, September 14, 2016

SISTEM HIERARKI MAHKAMAH DI MALAYSIA


Rajah 1 : Sistem hierarki terkini di Malaysia

SISTEM HIERARKI MAHKAMAH DI MALAYSIA 

Ø  MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa tertentu. Antaranya ialah Untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya, Asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130  dan Lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan. Rayuan Jenayah Mahkamah Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar dan menentukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa asalnya.

Ø  Rayuan Sivil
Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :–
      Keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kuasa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam
    Keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan itu. (sesyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964).
Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk memutuskan :
            Apa-apa persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri itu adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat peruntukan berhubung sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang.
               Pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri. (Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan). Rujukan Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan – “Tanpa menjejaskan apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah Pegawai dan kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu”.

Ø  MAHKAMAH RAYUAN
Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahun 1994. Penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes-kes rayuan yang dibawa di hadapannya.
Mengikut Perkara Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa seperti Bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan) dan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang  persekutuan. (Perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan)
     Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra), mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat dengan semua keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian tertentu seperti yang diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane (1994) yang membenarkan Mahkamah Rayuan di Malaysia untuk menyimpang daripada keputusan sendiri yang terdahulu. 
   Mulai daripada 1 Oktober 2006 bilangan Hakim Mahkamah Rayuan telah bertambah kepada 22 orang melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan) Pindaan P.U.(A) 385/2006.

Ø  MAHKAMAH TINGGI
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa :
       Penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri, kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat, hak penjagaan kanak-kanak, pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet, injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak dan kesalahan individu.
       Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan, para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH
Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu :

Ø  MAHKAMAH SESYEN
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa seperti membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord and tenant), distress; dan bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00, bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, Meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.
Ø  MAHKAMAH MAJISTRET
Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa :

Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama
Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama adalah seperti, segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00, membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara atau denda sebanyak RM10,000-00 atau sebat sehingga 12 kali[5] atau gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut atau kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] atau kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7]. 

Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua
Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya ialah guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau sebaliknya[9], kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10]. Tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000-00 atau gabungan kedua-dua hukuman tersebut[11].

Ø  MAHKAMAH PENGHULU (bagi Malaysia Barat sahaja)
Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa seperti dalam seksyen 94 memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25-00. Manakala bagi bidangkuasa jenayah pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.

MAHKAMAH KHAS DI MALAYSIA

Ø  MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
Mahkamah khas Raja-raja mempunyai bidang kuasa membicarakan segala kesalahan YDA atau Raja sesebuah negeri atau kes sivil oleh atau terhadap YDA atau Raja negeri. Keputusan mahkamah ini muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana–mana mahkamah. Sebarang dakwaan ke atas atau oleh YDA atau raja mesti mendapat kebenaran peguam negara. YDA atau Raja perlu berhenti menjalankan tugas semasa perbicaraan kes jenayah sedang berlangsung.

Ø  MAHKAMAH SYARIAH
Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa membicarakan kes sivil dan jenayah bagi orang-orang Islam. Antara kes berbicaraan adalah kes berkaitan pertunangan, matrimony (perkahwinan, perceraian, nafkah ) hak penjagaan anak, wakaf dan waris harta pusaka.

Ø  MAHKAMAH JUVANA
Mahkamah juvana mempunyai bidang kuasa membicarakan pesalah remaja yang berumur diantara 10 hingga 18 tahun dan juga melibatkan hukuman yang  ringan sahaja dan tiada hukuman mati.

Ø  MAHKAMAH TENTERA
Mahkamah tentera terbahagi kepada 2 mahkamah, antaranya adalah mahkamah tinggi tentera dan mahkamah rendah tentera. Mahkamah tinggi tentera membicarakan kes berkaitan pegawai berpangkat staf sarjan dan keatas. Hakim bagi mahkamah ini adalah Leftenan Kolonel dan 2 pegawai tinggi.
Mahkamah rendah tentera pula membicarakan kes berkaitan dengan askar dibawah pangkat sarjan. Hakim bagi mahkamah ini adalah mejar dan dua orang lain antaranya kapten atau ketua hakim.
         Mahkamah tentera mempunyai bidang kuasa bidang kuasanya adalah terhadap askar, askar simpanan atau orang awam yg bekerja dengan pihak tentera. Antara kesnya adalah kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan tentera. Hukuman yg dijatuhkan oleh Mahkamah tentera tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera. Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh daripada YDA. Hukuman boleh dirayu di mahkamah tinggi dan boleh mendapat pengampunan daripada YDA dan lembaga pengampunan.

Ø  MAHKAMAH BUMIPUTERA
Mahkamah bumiputera mempunyai bidang kuasa hanya untuk bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dan antara bidang kuasanyan adalah kes kesalahan melanggar adat perkahwinan, seks, harta pusaka ataupun tanah.

Ø  MAHKAMAH PERUSAHAAN
Mahkamah perusahaan mempunyai bidang kuasa membicarakan kes berkaitan pembuangan pekerja, kes pertikaian perusahaan tentang syarat perkhidmatan, kes pertikaian interpretasi, variasi dan ketidakpatuhan keputusan atau perjanjian, memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan atau digantikan atau dibatalkan. Ia juga mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan untuk mengahadirkan diri ke mahkamah perusahaan.

RUJUKAN

Friday, July 29, 2016

Planting, replanting and tree diversification in cocoa systems

Deciding to plant or replant cocoa 

Importance
A healthy cocoa tree produces at least 25 pods per year which provides approximately 1 kg of dry cocoa. Yields per tree in a year can be classified as:  
   ◦ Good (25 or more pods)
   ◦ Average (15-24 pods)
   ◦ Poor (14 or less pods) ◦
Farmers who have unproductive trees (producing 10 or less pods per year) should think about what they can do to improve their productivity. There are options for where to plant or replant cocoa. These include:
  • Under-planting: planting new cocoa trees in an existing farm, re- moving some but not all cocoa trees
  • Gradual replanting: removing all cocoa trees in a section or block of an existing farm and planting new cocoa trees in that section
  • Complete replanting (re-establishment): removing all cocoa trees and completely replanting the whole field
  • New planting (establishment): Planting cocoa on fallow land or an area where cocoa has not been planted before
Regardless of which option a farmer chooses, it is important to plant improved cocoa planting materials (hybrids) from approved sources in order to get high and reliable yields.

Underplanting
This method of planting is best when trees are old (over 30 years).  Cocoa trees left in the field provide shade to the newly planted trees. This method is not recommended where cocoa swollen shoot virus is a problem.
Method: Identify diseased/old and unproductive cocoa trees based on annual yields (see the exercise »Deciding which cocoa trees to rehabilitate or eliminate«). Survey the farm, looking for large open areas where there are no cocoa trees. Remove diseased/old/unproductive trees and plant new improved cocoa planting material. Where gaps are large and there is not enough shade, plant food crops before or at the same time as the cocoa seedlings.
Advantages: farmers still get income from existing trees; old tree stock provides initial shade for the newly planted trees; it does not require additional land area, less expensive than other methods.
Disadvantages: possibility of old diseased trees infecting the newly planted trees; damage to young trees when removing old trees.

Complete replanting
This is best applied when most trees on the farm are unproductive due to old age, disease and pest and there is not much the farmer can do to make the farm more productive.
Method: Cut down all the trees on the farm including shade trees that are not compatible with cocoa. To avoid spreading of cocoa swollen shoot virus and to improve soil fertility, leave the area fallow for at least 3 years before replanting cocoa. In such situation, farmers may improve soil conditions and increase organic matter in the first year by preserving and/or planting timber trees (e.g., Terminalia sp. Khaya sp etc) and nitrogen fixing trees (Gliricidia sp.) at 12 x 12 m triangular spacing. In March of the third year, thin the fallow and plant food crops at 3 x 3 m. Plant cocoa at the same spacing in May, when the rains have stabilized.
Advantage:  Where swollen shoot disease is prevalent, complete replanting disrupts the cycle of disease transmission by preventing old trees from reinfesting the new ones.
Disadvantage: it is costly and requires a lot of labour, loss of income from cocoa

Where to plant cocoa

Importance
Farmers need to consider several factors before planting cocoa in a new area to make sure that they make the best use of land, labour and inputs in order to get the highest production. Factors to consider include:
  • Climate
  • Soil fertility
  • Type of vegetation
  • Source of improved planting material

Climate
Cocoa needs a high amount of rainfall: 1,250 – 3000 mm per year. It grows best in areas where the dry season does not last for more than three months. Cocoa grows best in warm temperatures: between a high of 3032oC and a low of 18-21 o C.

Soil fertility 
Because cocoa is a forest crop suited to forest soils, it is exceptionally demanding in its soil requirements. Most tropical forest soils consist of accumulated plant nutrients in the top few centimeters. When forests are cleared, the nutrients are rapidly released, giving the soil a high fertility for a few years.   
Hence, when planting cocoa in a field that has been used to grow other crops, farmers should remember to apply recommended mineral fertilizer or compost to the planting hole to improve soil fertility.
Not all soils are suitable for cocoa cultivation. Cocoa trees grow well only in good quality soil. It is therefore important to select an appropriate site before establishing a cocoa farm. To select a site look for the presence of earthworms in the soil since this gives an indication for humus soils. After the inspection for earthworm and humus, conduct a careful analysis of the soil in order to characterize the soil. 

Vegetation
Cocoa is an understorey crop which means it grows well under shade. Cocoa trees need enough vegetation cover for two purposes: 
   • To provide adequate initial (0-3 years) and permanent (after 4 years) shade and organic matter.
   • To improve soil fertility

When clearing a field to grow cocoa, farmers should leave forest trees and other vegetation that grows well in association with cocoa and which have economic or household value. In areas where there are no forest trees, farmers should plant forest trees (e.g., Terminalia sp., Milicia excelsa, Khaya ivorensis, etc.) and traditional agroforestry tree species that can fix nitrogen (e.g. Gliricidia sp., Albizia sp., Acacia sp., etc.) to improve soil nutrient content. 
When establishing a new cocoa farm, farmers should also plant certain recommended food crops such as plantain, cassava, coco yam, maize, etc., to provide initial shade for newly planted cocoa seedlings and also serve as source of income. In selecting which crops to plant, it is important to choose varieties that provide maximum shade.  When an effective initial shade is provided for newly planted cocoa seedlings it protects the seedlings from intense sun light and Mirid attack. 

Preparing to establish cocoa in a new field

Importance 
In order to establish cocoa farms, most farmers clear and/or burn existing forest, and in the process either thin or completely eliminate the over-story trees to make growing space for their cocoa and food crops.  Most farmers who establish their farms this way often do not follow the appropriate recommended planting arrangements of the different components of plants per unit area. As a result, it limits the yield potential of the various crops, especially cocoa.  

Hence, before planting cocoa in the field the following activities should to be carried out properly:
  •Land preparation
  • Lining and pegging
  • Spacing
  • Planting temporary shade
  • Shade management
 
Land preparation
Cocoa can be planted on fallow land or land occupied by other food and tree crops. Where farmers use fallow areas, the underneath vegetation should be cleared at the end of the wet season or as soon as the dry season starts. This initial clearing makes it easy to fell undesirable trees before cocoa is planted. The resulting debris (biomass) can be burned or left to rot. 

Burning however can destroy a great deal of potential humus in the soil since it results in the release of large amounts of ash causing imbalance of nutrients in the soil. It also exposes the soil to erosion, which can lead to losses of organic matter. In many situations burning causes the invasion of some obnoxious weeds like Imperata cylindrical and Chromolaena odorata, which negatively affect the productivity of the land. 

Farmers can do selective burning (i.e., burn in small heaps) or avoid burning completely and manage the debris (biomass), after most of the big trees have been cut into pieces and carried away as fire wood, by leaving it to rot in the soil and thereby adding organic matter to improve the soil.

Lining and pegging
Lining and pegging at the recommended spacing will give more income on cocoa yield per unit area. To do Lining  and  pegging on a field, place a peg at a reference point and with a rope tied to the peg make a horizontal base line to the edge of the land, about 100 m. From this peg, and on the 
20
horizontal base line, mark the recommended spacing for each crop to be planted and put a peg at every mark. Repeat the process vertically till the whole farm is pegged.

Spacing
Every country has adopted a recommended spacing regime for planting food crops, fruit and timber trees. These recommendations are related to the climate, type of planting material, shade conditions and soil type.  In Ghana for instance, recommended spacing for planting hybrid cocoa seeds and plantain is 3 x 3 m resulting in 1111 cocoa trees and 1111 plantain per hectare. Spacing affects the shade conditions on cocoa farms. Spacing also plays a role on certain diseases (Black Pod) and pests (Mirid) in cocoa. 
For instance, when seedlings are widely spaced and there are gaps in the canopy, there is a higher chance of Mirid attacks on trees. Black pod is more likely to develop when cocoa trees are closely spaced resulting in high humidity under the dense canopy.

Shade management
Cocoa needs a well established shade level at all stages of its production cycle (young, mature and old) to protect it against:
  •Pests
  • Diseases
  • Drying out

Wednesday, January 27, 2016

PERTANIAN DALAM ISLAM


Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia terutamanya semasa era selepas merdeka, yang pada masa tersebut majoriti penduduk tertumpu kepada kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Namun dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu terutamanya oleh mereka yang tinggal di bandar. Sebenarnya, sektor pertanian ini mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.
Faedah yang paling dominan ialah sektor pertanian dapat memperluas peluang pekerjaan. Sesetengah masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Masalah ini dapat diatasi sekiranya mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana terdapat bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, dan juga penyelidikan. Jadi, sektor pertanian ini secara langsung dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan masyarakat.
Selain peluang pekerjaan, bekalan bahan mentah penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian banyak digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport makanan yang juga merupakan hasil pertanian adalah seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, beras dan sebagainya. Lantaran itu, kos pengeluaran dapat diminimumkan kerana harga bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa.
Pada masa yang sama, sektor pertanian membekalkan bahan makanan untuk kegunaan domestik rakyat. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia. Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memperoleh beras kerana padi banyak diusahakan di negara ini. Oleh itu, kita dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor pertanian.



Maksud  Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian

”Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”
–Surah Al-Ra’d ayat 4-


Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan  teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).
Dalam islam, Kepentingan bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.
Sabda Nabi bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi."
(Hadis riwayat at-Tabrani)

Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

Dalam al-quran ada menyebut
Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).”
–Surah Al-Naml ayat 60-



Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Petani walaupun perlu bekerja keras dan menggunakan segala kepakaran untuk menjayakan usaha pertaniannya, yang memberikan hasil adalah  Allah. Dalan riwayat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ 
Maksudnya: “Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah dalam riwayat yang lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari Kiamat”.                                                                                                   (Hadis riwayat Muslim)





KRONOLOGI ERA PERKEMBANGAN PENANAMAN PADI
Pada zaman dahulu:

Sebelum padi ditanam, tanah sawah hendaklah terlebih dahulu dibajak dan digemburkan. Bagi membajak sawah, kerbau digunakan pada zaman dahulu. Petani akan memasang tenggala (alat pembajak yang diperbuat daripada kayu) dan ditarik oleh kerbau. Selepas kerja menggala selesai, kerbau sekali lagi digunakan bagi kerja-kerja menyisir (atau menyikat) tanah menggunakan sisir besi bagi menggemburkan tanah. Pada zaman dahulu para petani menggunakan kerbau untuk membajak sawah, mereka memukul kerbau agar  berjalan untuk membajak sawah. Penggunaan kerbau untuk membajak sawah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu sawah padi.
Pada zaman pertengahan:
Untuk pengubahan hasil yang lebih baik,  Para petani telah mengubah system bajak sawah dari menggunakan kerbau kepada traktor. Ini berubah kerana hasil tanaman padi tidak meningkat dan perubahan penggunaan untuk membajak sawah terpaksa ditukar. Penggunaan traktor dapat mengurangkan masa bajak,kerana penggunaan kerbau mengambil masa masa yang lama. Tetapi penggunaan traktor menyebabkan peningkatan kos dari segi wang ringgit untuk penyelenggaraan traktor minyak.

Pada zaman sekarang:
Setelah perubahan berlaku, pada zaman sekarang penggunaan bajak sawah menggunakan kerbau dan traktor sudah ditukar kepada traktor yang lebih besar dan mempunyai implement. Penggunaan traktor ini lebih cepat dari penggunaan kerbau dan traktor pada zaman pertengahan. Penggunaan jentera ini lebih menjimatkan masa petani untuk menanam padi.










TIGA CONTOH KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR DAN IMPLIKASINYA
1.      Pencemaran Udara
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jisim zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Jenis-jenis bahan pencemar ialah Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain. Contohnya pembakaran secara terbuka oleh petani yang membakar jerami padi dan membakar tunggul-tunggul kayu di kawasan pertanian.
2  Implikasi Pencemaran Udara
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap atauvbahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.
2.                3.Pencemaran Air
Pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. Contohnya penggunaan baja kimia dan racun kimia oleh golongan petani.



Implikasi Pencemaran Air
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
3.     
      Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadi pertukaran warna,kesuburan,dan  hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan  dalam bentuk cecair atau pepejal. Dalam pertanian padi pembuangan sisa-sisa seperti guni baja,penggunaan baja dan racun yang membahaya ke atas tanah menyebabkan tanah berasid.

Implikasi Pencemaran Tanah
Penyebaran kuman-kuman penyakit merupakan salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran tanah. Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

Hakisan tanah juga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.


Penjelasan di atas menggambarkan bahawa Islam memberi perhatian dan sangat menggalakkan kepada sektor pertanian. Malahan Islam memberi panduan dalam memastikan segala aktiviti pertanian iaitu bermula daripada projek dijalankan hinggalah kepada proses pemasaran dan jualan menurut garis panduan yang jelas dan adil demi mengelakkan perbalahan di antara penjual dan pembeli.
Walau bagaimanapun, perhatian tidak seharusnya diberikan hanya kepada sektor ini dengan mengabaikan kepentingan sektor-sektor lain kerana matlamat utama kita ialah mencapai keseimbangan di dalam segala bidang untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam rangka membangun negara dan ummah. Tetapi kita juga perlu mengambil kira kesan-kesan yang akan berlaku jika pertanian di Malaysia masih lagi menggunakan bahan-bahan yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitarnya.
Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas daripada peruntukkan yang ada di dalam syariah. Sebagai contoh, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Peruntukkan ini jelas memberi intensif kepada pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar atau mati. Perkara ini disebutkan dalam riwayat Aisyah Radhiallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”. 
(Hadis riwayat Al-Bukhari)