suatu hari cinta dan sahabat jalan-jalan di desa. tiba tiba cinta
jatuh kedalam telanga. mengapa? karena cinta itu buta. lalu sahabat
pun ikut terjun kedalam telaga. kenapa? karena sahabat akan berbuat
apapun untuk cinta. lalu di dalam telaga cinta menghilang. mengapa?
karena cinta itu halus, mudah sekali hilang jika tidak dijaga. dan akan
sulit dicari. sedangkan sahabat masih terus mencari dan menunggu cinta.
kenapa? karena sahabat itu sejati dan tidak akan meninggalkan mu begitu
saja sebagai sahabat yang setia
untuk itu, hargai dan sayangilah sahabatmu selagi dia masih ada. sesuatu akan terasa sangat berharga ketika ia hilang.
The man who never in his mind and thoughts travel'd to heaven is no artist. -William Blake-
Wednesday, August 28, 2013
Saturday, August 24, 2013
TAJUK 1:PENGENALAN KEPADA PERLINDUNGAN TANAMAN
1.1 Konsep Perlindungan Tanaman
Perlindungan
Tanaman adalah satu bidang ilmu sains yang mengkaji faktor-faktor yang boleh
mengancam atau menjejaskan pertumbuhan normal tanaman serta langkah-langkah
yang perlu diambil untuk melindungi tanaman tersebut, sama ada di peringkat
ladang atau pun selepas tuai. Ia bertujuan mencegah atau menghadkan kerosakan
dan/atau kehilangan hasil tanaman dari segi kuantiti atau kualiti yang
disebabkan oleh perosak.
Istilah perosak dalam konteks
yang luas (umum) ditakrifkan sebagai organisma (patogen, haiwan dan tumbuhan) yang
berterusan bersaing dengan manusia untuk makanan, menyebabkan kecederaan,
kerosakan, kemusnahan, kematian, kesusahan dan pencemaran, sama ada kepada diri
manusia sendiri, tanaman, haiwan peliharaan dan barang-barang/harta atau yang mengganggu
ketenteraman dan keselesaan hidup manusia (contoh: nyamuk, agas, pijat).
Dalam bidang pertanian, atau
lebih khusus dalam bidang perlindungan tanaman, perosak merupakan apa saja
bentuk kehidupan organisma (patogen, tumbuhan atau haiwan) yang mampu merosak, mencedera,
memusnah dan/atau mencemarkan tanaman dan/atau hasil pertanian sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Serangan perosak menyebabkan kerugian atau pengurangan
hasil tanaman, meningkatkan kos pengeluaran dan akhirnya menjejaskan pendapatan
pengusaha.
1.2
Kategori Perosak
Perosak tanaman boleh dikategorikan dari
sekecil-kecil organisma (hidupan seni) seperti mycoplasma, virus, bakteria dan
kulat yang menjadi agen/penyebab penyakit (patogen), sehinggalah sebesar-besar
makhluk perosak seperti babi hutan dan gajah yang boleh memusnahkan tanaman.
Perosak jenis haiwan yang penting termasuklah serangga, hamama, nematod, siput,
tikus dan burung yang boleh menyebabkan kerosakan kepada berbagai peringkat
pertumbuhan tanaman.
Rumpai
juga dianggap sebagai tumbuhan perosak, yang tidak dikehendaki oleh manusia kerana
bersaing dengan tanaman yang ditanam untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien
dan kelembapan tanah. Ia juga boleh menjadi perumah alternatif kepada perosak
tanaman, menyukarkan aktiviti bercucuk tanam, menuai dan memproses hasil
tanaman serta boleh menyekat sistem pengairan dan saliran untuk tanaman.
(Nota:
Perosak serangga boleh juga dikategorikan mengikut darjah kerosakan yang
disebabkannya yang diterangkan dalam Tajuk 2.1.5 Kategori Perosak Serangga).
1.3
Kepentingan Ekonomi Perosak
Dalam bidang
pertanian kerosakan atau kerugian hasil keluaran yang disebabkan oleh perosak
perlu dinilai dari segi ekonomi. Kerugian ekonomi ialah satu tahap kerugian di
mana tahap kerosakan pada tanaman terlalu kritikal dan segala tindakan
pengawalan perosak terbabit perlu dilakukan segera. Kerugian ekonomi akan berlaku apabila kadar serangan perosak telah mencapai
tahap kerosakan ekonomi. Tindakan pengawalan boleh dilakukan apabila kadar
serangan perosak berada di tahap yang lebih rendah daripada tahap kerosakan.
Tahap yang lebih rendah ini dinamakan “ambang ekonomi”. Oleh itu, tindakan
pengawalan perlu dilaksanakan sebaik sahaja populasi perosak mencapai ambang
ekonomi. Status perosak pada sesuatu organisma boleh digugurkan sekiranya
kerugian ekonomi tidak berlaku.
Perosak, seperti juga manusia, memerlukan makanan untuk hidup. Bila perosak bersaing
dengan manusia lantas manusia meletakkan status sesuatu perosak untuk
melindungi kepentingannya dari segi ekonomi.
Kerugian ekonomi disebabkan oleh serangan perosak ke atas tanaman dan
hasil pertanian dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti di bawah:
i)
Menjejaskan Mutu
Hasil
Akibat daripada
serangan perosak, saiz buah menjadi kecil, bentuknya berubah, daun berlubang,
busuk dan lain-lain. Tawaran harga bagi produk yang rosak atau tercemar akan
menjadi rendah.
ii)
Mengurangkan Kuantiti
Hasil
Mengikut
anggaran yang dibuat oleh MADA, kerugian yang disebabkan oleh rumput sambau adalah seperti berikut:
% Populasi
Rumput Sambau
|
Kehilangan Hasil
( kg / ha )
|
Kehilangan Pendapatan
(RM/ha)
|
5%
15%
50%
80%
|
227
678
2255
3608
|
146.00
440.00
1465.00
2346.00
|
Hasil per ha = 4.5
tan
Harga per kg padi = RM
1.20 (2013)
|
iii) Meningkatkan
Kos Pengurusan dan Pengeluaran
Kerosakan kepada
tanaman oleh perosak perlu dikawal apabila keadaan memerlukan supaya pengusaha
tidak kerugian. Kawalan ini melibatkan pembelian input-input kawalan seperti
racun makhluk perosak dan lain-lain. Perbelanjaan pengurusan dengan itu akan
bertambah.
Penggunaan racun
makhluk perosak bagi tahun 1996 dianggarkan berjumlah RM 301 juta. Maklumat
penggunaan racun makhluk perosak dapat dilihat dari rekod berikut:
Jadual
1: Anggaran Pasaran Racun Perosak Pertanian (Tahun
2000 - 2004) dalam RM Juta
Jenis
|
RM
juta
|
||||
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
2004
(% Pertumbuhan)
|
|
Racun Rumpai
|
273
|
220
|
209
|
214
|
218 (2)
|
Racun Serangga
|
68
|
70
|
62
|
61
|
64 (5)
|
Racun Kulat
|
23
|
25
|
23
|
23
|
24 (5)
|
Racun Tikus
|
14
|
11
|
13
|
14
|
17 (21)
|
JUMLAH
|
378
|
326
|
307
|
312
|
323 (3.5)
|
Sumber: Laporan Tahunan dan Direktori
Keahlian 2003/2004 Persatuan Pemeliharaan Tanaman & Kesihatan Awam Malaysia
(MCPA)
Jadual
2: Anggaran Pasaran Racun Perosak Kegunaan Rumah
Tangga (Household Insecticides) (Tahun
2000 - 2004) dalam RM Juta
Jenis
|
RM
juta
|
||||
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
2004
(% Pertumbuhan)
|
|
Aerosol
|
95
|
100
|
102
|
93
|
94 (1)
|
Lingkaran nyamuk
|
80
|
81
|
90
|
77
|
70 (-9)
|
Kepingan dan lain2
|
30
|
31
|
31
|
23
|
24 (4)
|
JUMLAH
|
205
|
212
|
223
|
193
|
188 (-2.6)
|
Sumber: Laporan Tahunan dan Direktori
Keahlian 2003/2004 Persatuan Pemeliharaa Tanaman & Kesihatan Awam Malaysia
(MCPA)
iv.
Mencemarkan Hasil
Perosak bukan sahaja
memakan tanaman dan juga hasil pertanian, tetapi juga mencemarkannya. Contohnya,
najis dari tikus dan lipas boleh mencemarkan bijirin dalam simpanan.
Salah satu perosak
bahan simpanan yang berbahaya dan sangat penting dari segi kuarantin dan
perdagangan antara bangsa ialah kumbang khapra (Trogoderma granarium). Serangga ini boleh mencemarkan bahan
simpanan seperti beras. Pencemaran berlaku apabila larva dan kulit serangga ini
bercampur dengan bijirin yang disimpan terutama di bahagan atas longgokan.
Serangan juga boleh berlaku sehingga sedalam
90 cm dari permukaan longgokan.
|
|
v.
Menyebabkan kematian
Kerosakan yang teruk pada
tanaman boleh berlaku sekiranya bilangan serangga perosak yang memakannya adalah
tinggi. Akibatnya, daun pokok
berkurangan dan ini mengurangkan proses fotosintesis, menyebabkan
pertumbuhan pokok terbantut dan akhirnya mati. Setengah serangga perosak boleh
mengorek (melombong) daun, batang dan juga akar dan ini menyebabkan kecederaan
sebahagian besar bahagian pokok dan boleh menyebabkan pokok layu dan terus mati.
Setengah serangga
perosak mempunyai bahagian mulut yang boleh menyucuk dan menghisap cecair
tumbuhan, contohnya aphid, lalat putih (whitefly) dan thrips boleh menyebabkan
berlaku kekeringan. Kerosakan teruk boleh berlaku, malahan boleh menyebabkan
kematian sekiranya populasi perosak yang menyerang adalah tinggi Serangga perosak jenis ini juga boleh
menyebabkan kerosakan dan kematian kepada tanaman secara tidak langsung dengan
cara menjadi pembawa penyakit terutama yang disebabkan oleh virus. Ia berlaku
secara tersembunyi dan lebih berbahaya.
vi.
Menghalang
perdagangan antarabangsa
Perosak tanaman bukan
sahaja menyebabkan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, tetapi juga
menjadi halangan kepada kemasukan bahan tanaman atau hasil pertanian ke banyak
negara di dunia. Ini disebabkan oleh undang-undang atau peraturan-peraturan
kuarantin yang dikuatkuasakan oleh sesebuah negara terbabit. Walau pun untuk
menembusi pasaran luar negara memerlukan semua negara mematuhi/memenuhi
peraturan-peraturan berdasarkan prinsip saintifik yang disahkan oleh standard
antarabangsa (International Plant Protection Convention) yang diiktiraf oleh
WTO, namun begitu, ia secara tidak langsung telah menjadi halangan perdagangan
(trade barrier) bukan tarif dalam sistem perdagangan bebas sekarang. Senario
ini memungkinkan sesetengah negara menggunakan isu keselamatan makanan dan
keperluan fitosanitasi sebagai halangan perdagangan secara tidak berpatutan
dalam usaha melindungi industri pertanian domestik mereka daripada persaingan
import. Sebagai contoh, hingga hari ini
buah-buahan dari Malaysia
sangat sukar untuk menembusi pasaran di negara Jepun dan Australia kerana negara-negara
terbabit mengamalkan peraturan kuarantin
yang sangat ketat terutama berkaitan serangga perosak lalat buah.
Lalat buah Mediterranean (Ceratitis capitata) atau juga dikenali dengan singkatan Medfly
contohnya, merupakan salah satu perosak buah-buahan yang paling berbahaya dan
sangat penting dari segi kuarantin. Sehingga hari ini, Malaysia masih bebas
daripada serangan lalat buah jenis ini dan pihak berkuasa Malaysia khususnya
Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian
sentiasa mengambil langkah-langkah perlu bagi menghalang kemasukannya ke negara
ini.
Hubungan Perlindungan Tanaman Dengan Bidang
Lain
Seperti
yang telah diterangkan sebelum ini, bidang Perlindungan Tanaman mengkaji tentang
perosak yang mampu mengancam atau menjejaskan pertumbuhan normal tanaman serta
langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindunginya. Bidang ini saling
berkait rapat dengan bidang-bidang lain seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di
bawah.
|
Entomologi: Kajian saintifik berkenaan
serangga. Merupakan salah satu cabang bidang biologi gunaan. Serangga adalah
antara makhluk paling berjaya hidup di dunia ini. Ia merupakan pesaing utama
manusia bagi mendapatkan makanan (hasil pertanian), merosakkan harta benda, membawa
penyakit kepada manusia dan haiwan peliharaan serta tanaman. Namun, tidak semua
serangga adalah perosak, malahan, setengahnya adalah berguna kepada manusia.
Contohnya, lebah yang menghasilkan madu dan sebagai pendebunga, ulat sutera
yang menghasilkan sutera, setengahnya sebagai sumber makanan kepada manusia dan
haiwan peliharaan. Serangga juga berperanan sebagai agen kawalan biologikal, di
mana serangga tertentu
digunakan untuk mengawal serangga perosak atau pun rumpai. Dengan adanya pengetahuan mengenai serangga,
kita akhirnya mampu mengurus serangga ke satu tahap yang tidak mengancam
tanaman, kalau pun tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Pada masa yang
sama, serangga boleh dijadikan sebagai ’rakan petani’ di ladang. Oleh itu,
pengetahuan dalam bidang entomologi sangat berkait rapat dengan perlindungan
tanaman.
Patologi
Tumbuhan (Phytopathology): Merupakan bidang sains yang mengkaji berkenaan sifat
(semula jadi), sebab dan akibat, perkembangan dan juga kawalan/rawatan penyakit
tumbuhan. Antara bidang-bidang sains lain yang ada kaitannya dengan patologi
tumbuhan ialah mikologi (kajian berkaitan kulat), bakteriologi (kajian
berkenaan bakteria), virologi (kajian berkenaan virus) dan nematologi (kajian
mengenai nematod). Banyak penyakit tumbuhan boleh disebabkan oleh organisma
patogenik seperti kulat, bakteria, virus, nematod dan sebagainya dan juga oleh
faktor-faktor tidak berjangkit yang menyebabkan perkembangan tumbuhan tidak
normal. Pengecaman (identification) penyakit tanaman dengan tepat merupakan
langkah awal dalam merancang program kawalan penyakit atau perlindungan tanaman
secara berkesan dan cekap.
Sains
Rumpai: Rumpai juga dianggap sebagai perosak
(tumbuhan perosak), yang yang banyak menimbulkan masalah kepada manusia.
Kepentingan rumpai dalam sektor pertanian tidak dapat dinafikan. Ia menyebabkan
kemerosotan hasil pertanian serta menimbulkan masalah-masalah lain dalam
kehidupan manusia. Sebelum kita dapat mengawal rumpai dengan berkesan dan
efisyen, maka, kefahaman tentang biologi rumpai seperti sifat-sifat rumpai,
pengkelasan perlu diketahui terlebih dahulu. Oleh yang demikian, sains rumpai juga
penting dan sangat berkait rapat dengan perlindungan tanaman.
Botani: Untuk memahami sifat-sifat penyakit dan serangan
perosak, mereka yang terlibat dalam perlindungan tanaman perlu mengetahui
anatomi, fisiologi dan juga amalan-amalan agronomi baik (good agronomik
practices) tanaman.
Kimia
/ Biokimia: Bidang ini amat penting
dalam perlindungan tanaman kerana salah satu kaedah kawalan yang paling
berkesan dalam mengawal/merawat serangan perosak dan penyakit tanaman adalah
menggunakan kaedah kimia atau pun racun perosak. Racun perosak yang berbagai
jenis dan berbeza cara/kesan tindakan memerlukan rumusan kimia yang tertentu
dalam proses pembuatannya.
Bio-Teknologi: Bidang ini penting dalam kajian pembiakbakaan tanaman (sama ada pemilihan spesis/varieti tanaman secara konvensional/semulajadi, penghibridan dan mutasi atau penghasilan tanaman transgenik) yang rintang/toleran pada sesetengah perosak, penyakit, keadaan persekitaran tertentu atau kepada racun rumpai tertentu. Contoh: kacang soya yang toleran kepada racun rumpai glyphosate dan jagung yang mengandungi toxin bakteria Bacillus thuringiensis (Bt corn) yang beracun terhadap perosak serangga. Dengan terciptanya tanaman sedemikian melalui pengetahuan mengenai bio-teknologi, tanaman akan terselamat dari kerosakan yang teruk dari serangan perosak/penyakit atau keadaan persekitaran yang tidak dikehendaki. Penggunaan racun dapat dikurangkan atau tidak diperlukan lagi dan dengan itu tanaman bebas daripada sisa baki racun perosak.
Ekonomi:
Perosak mengurangkan nilai ekonomi tanaman.
Akibatnya, hasil tanaman akan mendapat harga yang rendah di pasaran dan situasi
ini menunjukkan kaitan antara bidang perlindungan tanaman dengan ekonomi.
Sains
Tanah: Agen atau penyebab penyakit menyerang
bahagian akar pada tanaman biasanya menghuni persekitaran tanah. Faktor-faktor
bukan biotik yang menyebabkan penyakit tidak berjangkit yang ada kaitannya
dengan tanah seperti kelembapan, struktur tanah, kandungan unsur nutrien dan pH
tanah boleh menyebabkan pertumbuhan tanaman tidak normal. Aktiviti pertanian
seperti pembajakan dan penyemburan racun
pada tanah boleh mencederakan tanaman jika tidak dilaksanakan dengan cara yang
betul. Oleh itu, pengetahuan mengenai sains tanah penting untuk memastikan
punca penyakit (sama ada berjangkit atau tidak berjangkit) dikenal pasti dan dirawat
menggunakan kaedah yang sesuai.
Kejuruteraan: Mengawal perosak dan penyakit tanaman merupakan salah
satu aspek yang penting dalam perlindungan tanaman. Sebagai contoh, racun
perosak, walau bagaimana berkesan sekali pun, tidak akan dapat disampaikan
kepada sasaran dengan berkesan dan cekap tanpa alatan penyembur tertentu dan
menggunakan teknologi aplikasi yang sesuai.
Penggunaan traktor dalam aplikasi racun perosak biasa digunakan terutama
di ladang-ladang yang besar. Oleh itu sains kejuruteraan juga memainkan peranan
yang penting dalam perlindungan tanaman.
Ekologi: Merupakan kajian saintifik mengenai
taburan dan kepelbagaian organisma, saling hubungan (interaksi) antara
organisma hidup sebagai satu kesatuan atau sistem dalam lingkungannya mahu pun
saling hubung antara organisma hidup dengan alam sekitar. Alam sekeliling atau ekosistem berkait
rapat dengan faktor biotik (benda bukan hidup)
seperti cuaca dan geologi dan abiotik seperti tumbuhan,
mikrob, manusia dan haiwan
lain. Sebarang perubahan kecil kepada alam sekitar atau sistem kehidupan
organisma tertentu akan memberi kesan yang besar ke atas kehidupan organisma
lain dan perkara ini boleh dieksploitasi untuk kepentingan dalam bidang
pertanian. Antara lain, penerapan
ekologi dalam bidang perlindungan tanaman adalah seperti penggunaan musuh-musuh
semula jadi seperti pemangsa dan parasitoid sebagai agen kawalan secara biologi
di sawah padi dan penggunaan burung pungguk sebagai pemangsa tikus di sawah dan
ladang kelapa sawit. Cantoh-contoh yang dinyatakan ini tidak mungkin dapat
dimanafaatkan tanpa kajian dan pengetahuan yang mendalam berkaitan ekologi
organisma hidup terbabit.
Zoologi: Salah
satu bidang sains biologi yang berkaitan
dengan kajian saintifik terhadap alam haiwan dan kehidupannya termasuk struktur
(kajian tentang sel), fisiologi (kajian proses dan sistem biologi seperti
pernafasan, sistem urat saraf, perpeluhan, darah dan sebagainya dan memahami
bagaimana struktur-struktur yang berkaitan dengannya berfungsi), perkembangan
dan pengkelasan, sama ada yang hidup atau pun telah pupus. Ini termasuklah
kajian mengenai haiwan seperti siput dan lintah, kutu dan hamama (haiwan
invertebrata) serta roden, tupai dan burung (haiwan vertebrata) yang mana
setengahnya merupakan perosak kepada tanaman. Dengan mempelajari sifat dan
tabiat haiwan-haiwan perosak ini maka, akan memudahkan kita mengawal
perosak-perosak terbabit menggunakan kaedah kawalan yang sesuai.
Subscribe to:
Posts (Atom)